Wanita maut, anak perempuan parah motosikal rempuh lori muatan jagung - Utusan Malaysia

Wanita maut, anak perempuan parah motosikal rempuh lori muatan jagung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang wanita maut manakala anak perempuannya parah selepas motosikal ditunggang mereka dilanggar sebuah lori di Jalan Jelapang-Chemor berhampiran Taman Chepor Indah di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, Noorlia Hashim, 49, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Anak perempuannya yang berusia 30 tahun pula mengalami kecederaan parah akibat kemalangan tersebut. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd. Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati lori membawa muatan jagung tersebut dalam perjalanan dari arah Chemor hendak memasuki simpang kanan jalan. 

“Ketika sedang membelok masuk ke simpang kanan, lori berkenaan telah merempuh motosikal ditunggang mangsa yang berada di laluan bertentangan.  

“Akibatnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah sebelum penunggangnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Mohd. Nordin, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat dan anaknya turut dirawat di hospital sama.

“Susulan kemalangan tersebut, polis menahan pemandu lori berusia 35 tahun itu bagi membantu siasatan. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×