HULU TERENGGANU 27 Ogos – Bumbung sebuah bangunan tiga tingkat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas di sini musnah akibat dibadai ribut dalam kejadian hujan lebat petang tadi. Ketua Polis Daerah ini, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kejadian berlaku antara pukul 3 hingga 3.15 petang melibatkan blok bangunan yang menempatkan kelas pelajar. Beliau bagaimanapun memberitahu, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Menurut Mohd. Adli, ketika kejadian, kesemua pelajar telah pulang ke rumah setelah mendapat kebenaran pihak sekolah agar pulang lebih awal memandangkan sekolah itu terlibat dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya