KANGAR – Beberapa kawasan di Kedah dan Perlis dilanda ribut sejak pukul 8 malam tadi sehingga mengakibatkan banyak pokok tumbang selain bumbung rumah dan premis perniagaan diterbangkan angin kencang. Lokasi pokok tumbang di Perlis antaranya di Jalan Ngulang, Repoh, Simpang Empat Dato’ Kayaman, Sungai Berembang, Jalan Tambun Tulang dan Kangar. Selain itu, khemah jualan di Taman Sena, Kangar dan infrastruktur di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Arau dilaporkan turut rosak akibat diterbangkan angin. Sementara di Kedah, Pulau Langkawi menjadi antara lokasi paling teruk terjejas melibatkan lima mukim iaitu Kedawang, Bohor, Padang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya