SPA-FRANCORCHAMPS 29 Ogos – Pemandu Formula Satu (F1) Ferrari, Sebastian Vettel merasakan dia ‘kurang dihormati’ media sejak beberapa tahun ini kerana mereka sering mengungkit kesilapan lampaunya pada ketika dia berusaha untuk melupakan perkara itu. Juara dunia empat kali itu menjadi pilihan untuk memenangi kejuaraan tahun lalu tetapi dia melakukan terlalu banyak kesilapan di pertengahan musim hingga menyebabkan pesaing utamanya dari Mercedes, Lewis Hamilton akhirnya dinobat sebagai pemenang. Sebaik sahaja memulakan kempen musim ini, pemandu Jerman itu mengulangi kesilapan sama, dan akibatnya, Mercedes menerusi dua pemandu mereka, Hamilton dan Valtteri Bottas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya