PARIS 30 Ogos – Badan bola sepak Eropah (UEFA) hari ini mengumumkan, harga tiket bagi penyokong yang mahu menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara di tempat lawan ditetapkan kepada 70 euro (RM325). UEFA akhirnya membuat keputusan untuk menetapkan harga tiket selepas menerima pelbagai aduan daripada penyokong gara-gara tindakan tuan rumah menaikkan harga. Tiket untuk menyaksikan perlawanan di tempat lawan bagi perlawanan Liga Europa pula ditetapkan kepada 45 euro (RM209). “Penyokong adalah ‘nyawa’ perlawanan dan mereka yang mahu mengikuti pasukan masing-masing untuk aksi di tempat lawan perlulah diberikan akses tiket pada harga munasabah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya