KUALA LUMPUR – Taman Botani Perdana di sini, kini lengkap dengan elemen penyelidikan, pendidikan dan konservasi dengan perasmian Kompleks Pelawat dan Taman Etnobotani oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini. Lebih istimewa, Mahathir turut menyempurnakan penanaman sepohon pokok Kembang Semangkuk, sebagai simbolik perasmian kedua-dua fasiliti dan tarikan baharu taman berkenaan. Mahathir kemudian diiringi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, dibawa meninjau sebelum diberi taklimat mengenai transformasi taman berkenaan yang dibuka sejak 1888. Kedua-dua fasiliti itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya