SEBERANG PERAI – Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menafikan dakwaan terdapat kes penculikan kanak-kanak di Bertam Perdana, Kepala Batas di sini seperti yang ditularkan melalui rakaman suara di aplikasi WhatsApp sejak semalam. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya yang melakukan siasatan lanjut berhubung rakaman suara itu mendapati dakwaan terdapat kes penculikan dengan kereta jenis Nissan Sunny adalah palsu. “Polis telah menahan dua perempuan yang menggunakan kereta Nissan Sunny seperti mana yang ditularkan. “Hasil soal siasat mendapati mereka mengaku menggunakan kereta itu yang dibeli daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya