KUALA LUMPUR 3 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan satu pasukan Laporan Lembaga Siasatan (BOI) bagi mengenal pasti punca kejadian sebuah pesawat jenis helikopter S61A-4 (Nuri) yang rosak teruk selepas melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Kedah, semalam. TUDM dalam kenyataan memaklumkan, pasukan BOI tersebut akan ditempatkan di bawah pemantauan Inspektorat MTU bagi meneliti dengan lebih lanjut tentang kejadian tersebut. “TUDM tubuh pasukan BOI di bawah pemantauan MTU-Inspektorat bagi mengenalpasti dengan lebih lanjut punca kejadian berlaku,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter milik TUDM di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya