MELENTUR buluh biar dari rebungnya. Pepatah ini bertepatan dengan usaha yang dilakukan oleh Tanjong Puteri Golf Resort (TPGR) dalam hasrat melahirkan pemain golf tersohor suatu hari nanti bermula di peringkat sekolah rendah. Sebagai langkah permulaan, TPGR mengadakan satu program yang dikenali Program Pengenalan Sukan Golf Untuk Sekolah-Sekolah Zon 1 Daerah Pendidikan Pasir Gudang bertempat di TPGR, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini. Program yang melibatkan seramai 140 guru itu dibahagikan kepada tiga sesi, bertujuan memberi pendedahan awal kepada guru-guru mengenai sukan golf sebelum disampaikan kepada para pelajar di setiap sekolah daerah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya