SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah berjumlah lebih RM1.14 juta. Tertuduh, Rosman Jamal, 39, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali. Bagi pertuduhan pertama, bapa empat orang anak itu didakwa menerima deposit daripada seorang individu sebanyak 10 kali transaksi berjumlah RM375,500 tanpa lesen yang sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758). Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya