SHAH ALAM 29 Ogos – Sempena ulang tahun kemerdekaan hujung minggu ini NGO Kelab Boling Veteran Shah Alam (KBVSA) mengadakan pertandingan boling bertemakan Jalur Gemilang. Menurut Pengerusinya, Datuk Emran Abdul Kadir, pertandingan tersebut disertai oleh 40 ahli yang memakai baju dengan warna merah, putih, biru dan kuning. “Kita mengadakan pertandingan sesama kita tiga kali sebulan dengan tema tertentu. Kali ini sempena sambutan kemerdekaan ke 62 kita meminta ahli-ahli kita memakai…










