IPOH 27 Ogos – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta pemain Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi berjumpanya secara peribadi sekiranya mempunyai masalah dalam pasukan itu. Ahmad Faizal berkata, beliau tidak mengetahui dakwaan yang mengatakan Muhammad Shahrel Fikri berjauh hati dengan pengurusan Bola Sepak Perak sehingga bertindak memadamkan gambarnya menyarung jersi pasukan itu di laman Instagram miliknya. “Saya tidak tahu mengenai perkara ini (jauh hati) malah cerita dia memadamkan gambar dalam Instagram pun saya tidak tahu. Saya juga tidak tahu jika dia ada masalah dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya