HAMPIR setiap hari Noramirah Mohd. Noorolaimi, 32, memandu keretanya sejauh dua kilometer untuk mengambil anaknya di Tadika Genius Solihin, Maxim Citylight, Sentul, Kuala Lumpur. Satu hari, dalam perjalanan pulang, Noramirah mendapati anaknya Aisy Aqra Khaireel, 4, membaca papan tanda di sepanjang jalan itu. “Saya tidak menyangka Aisy Aqra boleh membaca papan tanda jalan biarpun sebutannya tidak lancar. “Tidak sampai lapan bulan belajar di Tadika Genius Solihin dia sudah boleh membaca.…










