KHARTOUM 28 Ogos – Sudan hari ini bakal mengumumkan anggota Kabinet baharu negara ini yang berdepan cabaran besar selepas kekacauan selama beberapa bulan termasuk membina semula ekonomi dan menamatkan konflik dalaman. Perdana Menteri yang baharu dilantik, Abdalla Hamdok akan menamakan jemaah menterinya daripada calon yang dicadangkan oleh Pasukan bagi Kebebasan dan Perubahan (FFC), kumpulan yang mengetuai protes terhadap bekas Presiden, Omar al-Bashir. Pengumuman itu dibuat selepas satu badan pemerintah awam dan tentera mengangkat sumpah minggu lalu bagi membolehkan Sudan melalui proses peralihan selama tiga tahun. “Saya menerima calon menteri yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya