Subsidi petrol bersasar: Diumumkan hujung tahun ini - Utusan Malaysia

Subsidi petrol bersasar: Diumumkan hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Subsidi petrol bersasar kepada golongan kumpulan golongan berpendapatan rendah (B40) kini di peringkat akhir kajian dan akan diumumkan selewatnya hujung tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akui keputusan tersebut lambat dua bulan dari tarikh sepatutnya berikutan kajian dan penglibatan yang perlu dibuat membabitkan pelbagai pihak.

“Kita mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk pengguna, Bank Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pengumuman mengenai bila pelaksanaan pemberian subsidi akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kita juga perlu mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak dan juga pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, saya akan membuat pengumuman mengenainya sebaik keputusan dimuktamadkan dicapai,” katanya pemberita selepas melancarkan Pameran Perdagangan Satelit Wecommerce Lazada 2019 di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×