IPOH 12 Ogos – Srikandi Bersatu Malaysia (Srikandi) negeri Perak memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan Program Korban dan Kenduri Rakyat di pekarangan Dewan Komuniti Sungai Tapah, Manjoi di sini hari ini. Program tersebut yang julung-julung kali diadakan itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 300 orang penduduk setempat dan juga ahli-ahli Srikandi. Menurut Ketua Srikandi negeri Perak, Norhaslinda Zakaria, penyembelihan tiga ekor lembu termasuk seekor sumbangan daripada Ketua Srikandi…










