KUANTAN 21 Ogos – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri sedang merangka satu kertas kerja dengan kerjasama Jabatan Pendidikan untuk memasarkan produk-produk yang dikeluarkan oleh koperasi sekolah. Pengarahnya, Ibrahim Kasah berkata, terdapat banyak produk baharu dihasilkan oleh pelajar menerusi inovasi dan kreativiti mereka yang boleh dijual di pasaran luar. Katanya, jika produk-produk ini dapat dipasarkan, ia semestinya memberi manfaat kepada koperasi sekolah itu sendiri. “Kemungkinan kita akan bekerjasama dengan usahawan-usahawan yang boleh membantu memasarkan produk-produk koperasi yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada koperasi dan usahawan di luar. “Kita akan berbincang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya