PUTRAJAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengajak seramai 3,000 peminat untuk berbasikal sejauh 20 kilometer (km) bersamanya di sekitar Putrajaya pada 26 Oktober ini. Menurut Siti Nurhaliza Tarudin, 40, aktiviti itu merupakan sebahagian daripada komitmennya mengajak masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping meluangkan aktiviti riadah bersama peminat. Siti Nurhaliza berkata, dia teruja untuk bersama peminat melakukan aktiviti berkenaan kerana Putrajaya antara lokasi yang diminatinya…










