KUALA TERENGGANU 12 Ogos – Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi wajar didakwa di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang mempersendakan tulisan Jawi apabila mengaitkan tulisan itu digunakan untuk mengarang bahan pornografi. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, Shu Qi seolah-olah mahu mengundang kemarahan umat Islam di negara ini dan keratan majalah ‘suatu masa dulu’ yang digunakan sebagai bahan ceramahnya turut didakwa berniat jahat untuk…










