Setiausaha Pertahanan AS sahkan Hamza Laden meninggal dunia - Utusan Malaysia

Setiausaha Pertahanan AS sahkan Hamza Laden meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 23 Ogos – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark Esper mengesahkan kematian Hamza Laden, anak lelaki kepada pengasas Al-Qaeda, Osama Laden. “Itu pemahaman saya,” katanya dalam satu temubual bersama Fox News, kelmarin apabila ditanya sama ada Hamza telah meninggal dunia. Esper bagaimanapun berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung perkara tersebut. “Saya tidak mempunyai butiran mengenai perkara itu dan sekiranya ada, saya tidak pasti sama ada dapat berkongsi dengan anda,” katanya. – AFP.

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN