KOTA BHARU – Eksperimen serta inspirasi dua sahabat menggabungkan aroma serta rasa sensasi masam limau purut dalam perapan daging ayam dan lembu berjaya menarik selera orang ramai untuk menikmati sate limau purut yang dihasilkan mereka. Sebelum mendapatkan tekstur rasanya yang sempurna, Ahmad Tamin Abdullah, 34, dan Che Azmawi Che Seman, 40, terpaksa menghabiskan 10 kilogram daging dalam ‘uji kaji’ mereka. Selepas berpuas hati dengan rasa yang diingini mereka memulakan perniagaan Satay Limau Purut dengan menyewa tapak di Restoran Che Ana, Jalan Sultan Yahya Petra di sini sejak tiga minggu lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya