KUALA NERUS 29 Ogos – Majlis Konvokesyen Politeknik Hulu Terengganu di sini semalam sepatutnya menjadi detik menggembirakan bagi pasangan Wahid Sufian Awang, 60, dan isterinya, Zaleha Abdullah, 55. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana anak mereka, Noor Waheeda, 21, meninggal dunia pada 9 April lalu akibat penyakit asma. Menurut Wahid Sufian, pemergian anak ketiga daripada lima beradik itu masih dirasai, namun mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Allah. “Arwah anak yang…










