Sebahagian Lapangan Terbang Munich terpaksa dikosongkan - Utusan Malaysia

Sebahagian Lapangan Terbang Munich terpaksa dikosongkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Sebahagian kawasan di lapangan terbang Munich terpaksa dikosongkan pada Selasa ekoran seorang lelaki memasuki terminal tanpa melalui pemeriksaan keselamatan, lapor agensi berita Xinhua. Lelaki itu melepasi pemeriksaan keselamatan di Terminal 2 lapangan terbang menyebabkan semua penumpang di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan dan melalui semula pemeriksaan keselamatan, kata seorang jurucakap polis persekutuan. Kejadian itu turut menyebabkan beberapa penerbangan terjejas. Pada Julai 2018, seorang wanita berusia 40 tahun melepasi pintu keselamatan di lapangan terbang Munich tanpa melalui pemeriksaan, menyebabkan kira-kira 330 penerbangan dibatalkan dan menjejaskan lebih 31,000 penumpang. – Bernama

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN