MANCHESTER 30 Ogos – Manchester United hari ini mengesahkan, Alexis Sanchez menyertai Inter Milan secara pinjaman semusim. Sanchez, 30, yang mengharungi 18 bulan penuh mengecewakan di Old Trafford menandatangani kontrak bersama gergasi bola sepak Itali, Inter sehingga Jun 2020. Penyerang Chile itu gagal menyerlah sejak tiba di United dari Arsenal pada Januari 2018 meskipun menjadi penerima gaji paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris. Sanchez hanya menjaringkan lima gol dalam 45 penampilan bersama United dan langsung tidak diturunkan dalam tiga perlawanan musim ini. “Manchester United dan Inter Milan telah mencapai perjanjian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya