KUALA LUMPUR 30 Ogos – Keputusan kerajaan untuk melonggarkan syarat pembelian rumah mampu milik dengan membenarkan golongan berpendapatan tidak melebihi RM4,360 sebulan sememangnya mampu melonjakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Namun begitu, Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (Reach), Datuk Iskandar Abdul Samad turut berharap supaya golongan berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan tidak diabaikan dengan memastikan rumah berharga tidak melebihi RM150,000 terus dibina pemaju. Sambil berpandangan hala tuju Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah tepat tetapi perlu ditambah baik, Iskandar turut menggesa kerajaan membantu pembeli rumah mendapatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya