KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan aliran harga menurun berbanding dolar AS pada pembukaan pagi ini berikutan pengukuhan dolar susulan berita melaporkan Amerika Syarikat dan China akan menyambung semula rundingan perdagangan pada September. Pada jam 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2180/2210 berbanding dolar AS daripada 4.2150/2200 pada Khamis. Seorang peniaga berkata, kerugian itu bagaimanapun dihadkan oleh harga minyak yang lebih tinggi semalaman, yang menyaksikan harga minyak Brent meningkat 0.8 peratus kepada AS$61 setong. Penganalisis Kanan Pasaran OANDA Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata, mata wang Asia kemungkinan akan mengekori dolar AS namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya