SUNGAI SIPUT – Tindakan seorang remaja membuat laporan polis palsu kerana bimbang dimarahi ibu selepas beg sandangnya hilang membawa padah apabila dia dikenakan hukuman denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Norhabsarina Ayob menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Muhamad Abraz Mohamed Akram, 19, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi maklumat palsu kepada Lans Koperal Norhasliza Abdul Jalil dengan menyatakan beg silangnya telah disamun ketika berada di persimpangan lampu isyarat Kuala Kangsar-Chemor. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya