MADRID 28 Ogos – Pemain tengah Real Madrid, Isco bakal terlepas aksi La Liga menentang Villarreal selepas mengalami kecederaan paha. “Isco telah didiagnos dan terdapat kecederaan di bahagian otot paha,” kata Real. Real tidak memberi tempoh Isco bakal direhatkan namun berkata rawatan pemulihannya akan diteruskan dan dipantau. Difahamkan kecederaan yang dialami Isco itu memerlukan sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu untuk sembuh. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya