PULAU PINANG 15 Ogos – Kerajaan negeri Pulau Pinang masih meneliti pelbagai pilihan membabitkan kaedah pengangkutan awam yang bersesuaian dengan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri masih belum membuat keputusan berkaitan kaedah pengangkutan awam yang bersesuaian sama ada transit aliran ringan (LRT), monorel atau pilihan lain. Beliau diminta mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pameran Emas Tulen Pulau Pinang (PSG) 2019, di sini hari ini. PTMP adalah projek yang diusahakan kerajaan negeri membabitkan anggaran kos RM46 bilion dan mengandungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya