IPOH 28 Ogos – Sebuah premis menjual perabot diarah tutup serta-merta oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana gagal mematuhi Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, tahun lalu. Perintah arah tutup itu dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd. Noor terhadap Lavino Home Centre Sdn. Bhd. yang diwakili penghuni premis, Lee Eng Kuan, 36. Mengikut perintah tutup yang difailkan JBPM Perak, Lavino Home Centre Sdn. Bhd. dikenal pasti tidak mematuhi kehendak-kehendak Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran yang dikeluarkan kepada premis berkenaan pada 19 April 2018. Kegagalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya