JOHOR BAHRU – Pihak polis tidak mengesan sebarang aktiviti pembuangan sisa toksik, setakat ini, yang boleh dikaitkan dengan insiden seramai 33 murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih di Pasir Gudang mengalami muntah, sesak nafas dan pening selepas dipercayai terhidu bau busuk Rabu lepas. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din yang mengesahkan demikian berkata, beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dolah untuk bertanyakan mengenai perkara itu namun diberitahu tiada pembuangan sisa toksik dikesan, setakat ini. “Saya sudah bercakap dengan Ketua Polis Daerah Seri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya