KUALA LUMPUR 28 Ogos – AirAsia Group Bhd. merekodkan perolehan sebanyak RM3 bilion bagi suku kedua 2019, meningkat 17 peratus berbanding RM2.6 bilion pada suku sama tahun lalu. Presiden (Penerbangan) AirAsia Group Bhd, Bo Lingam berkata, peningkatan tersebut dipacu oleh pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 18 peratus dalam jumlah penumpang yang dibawa iaitu sebanyak 12.8 juta orang. Katanya, pendapatan sampingan juga meningkat 39 peratus tahun ke tahun kepada RM687 juta dipacu oleh kedua-dua pendapatan sampingan daripada penerbangan dan bukan penerbangan. Beliau berkata, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya