KUALA LUMPUR 6 Ogos – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melancarkan Perodua Myvi generasi ketiga di Mauritius. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Myvi ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.3 G AT dan 1.5 H AT dengan harga atas jalan termasuk insurans masing-masing 699,000 rupee Mauritius (RM81,300) dan 775,000 rupee Mauritius (RM90,140) sebuah. Menurut beliau, pengedar tempatan, Raouf Dusmohamud & Co Ltd. telah mempamerkan model…










