JAKARTA 29 Ogos – Pengeluar penghawa dingin Malaysia, Perencana Dingin Sdn. Bhd. (Perencana Dingin) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat milik Indonesia, PT Industri Kereta Api (PT Inka) untuk mengilangkan semula unit penghawa dingin di bawah jenama Dingin-Inka AC. Pengarah Urusan Perencana Dingin, Azwan Omar berkata, kerjasama itu adalah yang pertama seumpamanya bagi kedua-dua negara sekali gus menunjukkan komitmen kukuh syarikat terhadap kemajuan industri kereta api di Asia…










