KUALA LUMPUR 27 Ogos – Perbincangan mengenai cadangan penggabungan di antara syarikat telekomunikasi Axiata Group Bhd. (Axiata) dengan operator mudah alih dari Norway, Telenor ASA masih berjalan. Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden Axiata Group Bhd., Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, sebarang pengumuman mengenai perkara berkenaan akan diumumkan apabila tiba masanya. “Ia masih berjalan dan kami akan berkongsi mengenai perkara itu pada sesi taklimat akan datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Kempen Merdeka Celcom Axiata di sini hari ini. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya