KANGAR – Seorang peniaga buah tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan sambutan hari kemerdekaan negara dengan menghias keretanya dengan bendera dan lukisan Jalur Gemilang. Zakaria Haron, 58, berkata, dia membelanjakan kira-kira RM400 untuk memasang 62 Jalur Gemilang pada kereta jenis Proton Saga Aeroback miliknya. “Perbelanjaan itu juga termasuk kos mengecat kereta dengan gambar Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. Katanya, dia menghias keretanya dengan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan negara. “Ini merupakan salah satu cara untuk saya menunjukkan rasa sayang kepada tanah air, malah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya