KUALA LUMPUR – Pengarah Raja Ahmad Alauddin dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Berita duka itu dikongsikan rakan pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin menerusi laman Facebook. Menurut pelakon veteran Mustapha Kamal menerusi Facebook, pengarah drama Ariana Rose itu menghembuskan nafas terakhir ketika tidur. “Al-fatihah. Raja Ahmad Alauddin seorang pengarah tersohor negara kita meninggal pagi ini. Dikhabarkan meninggal dalam tidur. Allahhummarghfirlahu warhamhu waafihi wakfuanhu. “Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. Kali terakhir saya bekerja di bawah arahan beliau adalah menerusi drama bersiri Puteri Saadong,” tulisnya. Difahamkan, Allahyarham sepatutnya sedang sibuk dengan penggambaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya