LOS ANGELES 1 Ogos – Pengarah dan penerbit Broadway, Hal Prince dilaporkan meninggal dunia pada usia 91 tahun. Lapor BBC memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarganya, mereka tidak akan menjalankan majlis pengebumian untuk Hal sebaliknya bakal menjalankan acara memperingatinya pada musim bunga nanti. Hal memberi sumbangan besar kepada produksi muzikal Broadway dan memenangi 21 Anugerah Tony sepanjang kariernya. Hal yang menghembuskan nafas terakhir di Reykjavik, Iceland, pernah mengarahkan produksi Cabaret, Sweeney Todd, Evita dan The Phantom of the Opera. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya