MELAKA – Seorang lelaki dicekup polis selepas dipercayai melakukan kegiatan mencuri kasut pelbagai jenama termasuk Nike dan Adidas di Plaza Sungai Udang, di sini malam tadi. Suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan polis selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, hasil pemeriksaan kenderaan tersebut menemui 35 pasang kasut pelbagai jenama yang dipercayai telah dicuri oleh suspek. “Sebelum ini pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian kasut dicuri di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya