MELAKA 16 Ogos – Seorang penganggur yang didapati bersalah membunuh tiga beranak dengan kejam di sebuah rumah di Bertam Malim di sini, tiga tahun lalu akhirnya mendapat balasan setimpal selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Melaka, sebentar tadi. Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Luqman Hadi Mustapa, 31. Mengikut pertuduhan satu hingga ketiga, Luqman Hadi didakwa telah membunuh Hassan A. Wahab, 70; isteri Hassan, Mariah Baharin, 62, dan anak lelaki pasangan itu, Mohammad Taufeq, 22.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya