KLANG – Sikap liat segelintir pelajar sekolah enggan memakai topi keledar membawa padah apabila disaman polis berhampiran sebuah sekolah di Telok Gadong di sini hari ini. Kesemua mereka disaman menerusi Op Didik lebih sejam bermula pukul 6.55 pagi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BPST) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan pemeriksaan mendapati 21 saman daripada 36 yang dikeluarkan kerana tidak memakai topi keledar. “Daripada jumlah tersebut, 17 saman dikeluarkan kepada pelajar sekolah dan empat lagi merupakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya