KUANTAN 19 Ogos – Keputusan bagi membenarkan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng dekat sini membina kemudahan Pelupusan Tetap (PDF) untuk menempatkan sisa penulenan air larut lesap (WLP) kilang berkenaan tidak boleh dibuat secara semborono. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun buat masa ini, belum ada permohonan dikemukakan oleh pihak Lynas untuk membina PDF di negeri ini. “Minta (mohon) dahulu dan kerajaan negeri akan memberikan perhatian membabitkan aspek keselamatan. Kita akan lihat perjanjian sebelum ini dan kita tidak boleh membuat keputusan secara semborono.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya