SUBANG JAYA – Kegiatan sepasang kekasih menjadikan aktiviti ragut sebagai sumber pendapatan sejak dua bulan lepas terbongkar selepas mereka ditahan dalam satu serbuan di USJ 9/2 pada Jumaat lalu. Tangkapan ke atas pasangan berusia 20 dan 21 tahun itu dilakukan pada pukul 12.30 tengah hari susulan laporan seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM500 akibat diragut suspek. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, hasil siasatan mendapati pasangan berkenaan aktif melakukan kegiatan ragut sejak bulan lalu di sekitar kawasan USJ. “Siasatan lanjut juga mendapati kedua-dua suspek itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya