Bermula sebagai pelawak apabila diangkat sebagai pemenang tempat ketiga program ‘Lawak Solo’ pada tahun 2016, rezeki jejaka bernama Fikry Ibrahim mekar mengharum tanpa terduga apabila terbentang peluang bukan sahaja dipilih sebagai penghias banyak drama televisyen, pesona juga laris bidang pengacaraan. Berbekalkan paras tampan serta seni komunikasi yang baik, Fikry atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 25, laju memikat peminat dengan drama seperti Hero Seorang Cinderella dan Cik Reen & Encik Ngok Ngek. Sebagai pengacara, selama dua musim dia diberi kepercayaan mengendalikan program Gema Gegar Vaganza. Laluannya yang berpangkal dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya