KOTA TINGGI 31 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua orang yang dipercayai terapung-apung di perairan Abu Bakar Maritime Base (ABMB) di sini. Pengarah Maritim Malaysia negeri, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid berkata, kejadian tersebut dilaporkan oleh sebuah kapal dagang yang melalui kawasan berkenaan. Katanya, kejadian itu dilaporkan berlaku di posisi kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Batuan Tengah, Johor. “Pegawai…










