KUALA LUMPUR – Golongan muda yang ingin mendapatkan rumah pertama, kini boleh memilikinya melalui projek rumah mampu milik yang diperkenalkan syarikat pemaju perumahan, Oriental Interest Bhd. (OIB) dikenali sebagai Myra Putra. Myra Putra yang berkonsepkan pangsapuri kos sederhana terletak di Desa Pinggiran Putra, Kajang merupakan sebuah projek pembangunan di bawah Skim MyHome Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Projek tersebut menawarkan rebat sebanyak RM30,000. Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran OIB, Wendy…