GUA MUSANG – ‘Musang Queen’ terus mencipta kejayaan apabila durian Musang King yang diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu telah memenangi tempat pertama Anugerah Kategori Buah-Buahan Tempatan terbaik di negeri ini. Chong Yok Fon, 53, atau dikenali Tina Chong menerima anugerah itu sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2019 yang diadakan di Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh di sini, kelmarin. Penyampaian sijil anugrah itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,…










