KUALA LUMPUR 29 Ogos – MIDF Research mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku ketiga 2019 berkembang melebihi lima peratus dipacu keyakinan perniagaan yang kekal dalam aliran meningkat selain pemulihan sektor pembuatan dan berasaskan komoditi. Firma penyelidikan itu dalam notanya berkata, prospek separuh kedua tahun ini akan kekal di laluan pertumbuhan. Bagi jangkaan terhadap perniagaan pada tempoh berkenaan, ia berkata keseluruhannya prestasi perniagaan dijangka meningkat dengan kukuh. “Keseluruhan prestasi perniagaan pada separuh kedua 2019 dijangka mengalami peningkatan yang stabil, khususnya bagi sektor perkhidmatan, perlombongan dan pembuatan,” katanya di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya