PUTRAJAYA 28 Ogos – Menteri Luar Iran, Dr. Mohammad Javad Zarif akan melakukan lawatan kerja sehari ke Malaysia esok. Pada lawatan itu, beliau akan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Sri Perdana. Menurut Wisma Putra, Dr. Mohammad kemudiannya akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, Datuk Saifuddin Abdullah. “Lawatan ini memberi peluang kepada Malaysia dan Iran membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama,” jelasnya dalam kenyataan di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya