Maqis rampas 440 paket makanan haiwan dari Korea - Utusan Malaysia

Maqis rampas 440 paket makanan haiwan dari Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menggagalkan cubaan menyeludup masuk 440 paket makanan haiwan tanpa dokumen yang sah dari Korea selepas melakukan pemeriksaan di Pejabat Pos Butterworth di sini semalam.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, rampasan itu dilakukan selepas pihaknya membuat pemeriksaan terhadap barangan pos terbabit kira-kira pukul 2.30 petang.

“Hasil pemeriksaan menemui makanan haiwan mentah sebanyak 440 paket seberat 35.2 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1,680 tanpa sebarang dokumen seperti permit import.

“Antara makanan haiwan jenis snek itu adalah seperti Sweet Potato Chewing, Deer Jerky, Horse Jerky, Duck Wing, Dried Pollack, Pig Ear Slice, White Fish Dental Gum dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zarina berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun kepada warga tempatan pemilik bungkusan terbabit setelah mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×